Assalamua’laikum..Terlebih dahulu,sebelum saya memanjangkan penulisan saya ini, saya memohon ribuan kemaafan kepada pembaca sekiranya ada salah atau silap pada penulisan saya ini,saya mohon teguran dan pembetulan daripada pembaca semua..Dan yang paling penting,saya panjatkan keampunan kepada Allah S.W.T sekiranya ada kesalahan diatas penulisan saya ini,dengan sifatNya Yang Maha Pengampun akan segala dosa dan penerima taubat hamba-hambaNya.
Disini saya amat tertarik untuk berkongsi pandangan peribadi saya terhadap sifat-sifat segelintir diantara masyarakat melayu kita yang sememangnya beragama Islam.Apa yang ingin saya coretkan tentang nilai akidah dan berapakah hrganya nilai iman dan akidah di kalangan kita umat Islam.Ada dikalangan kita mungkin tak akan sedar tentang tergelincirnya akidah kita,bila sedikit sahaja dihati kita wujud kesangsian kita pada Allah S.W.T, bahkan juga kepada Rasul junjungan,dan jugak perkara2 yang terkandung didalam rukun iman tu tersendiri..Hilangnya satu rukun yang terdapat didalam rukun iman,maka KAFIR la kita..walaupun satu..Tak terlaksananya satu daripada rukun Islam,akidahnya masih lagi Islam..
Sebagai contoh yang cukup senang dan sinonim dikalangan umat Islam adalah ketika hujan rahmat ya Allah kirimkan kepada kita..Dapat kita dengar rintihan mereka2..Uh!!!hujan la plak!!!..Nape la masa ni la ujannya turun..Mungkin pada dasarnya kita nmpak biasa,rintihan..betul,tak salah kita merintih..tapi biarla berlandaskan perkara2 yang sewajarnya..pastikan hukum Islam pertama,baru diikuti yang selainnya..Apabila kita berkata sedemikian,walaupun terdetik dihati..percayala..akidah kita sudah terhakis..Kenapa hujan yang datangnya sebagai rahmat kita menafikan haknya..hadirnya bukan sebagai bala,bebanan..tetapi untuk kemakmuran muka bumi..Ibarat pepatah berbunyi,awan yang mendung membawa hujan yang mencurah,menenggelamkan cahaya matahari,tetapi nantikan la pelangi indah menjelma dikala hujan berhenti mencurah..Disini juga saya ingin menyentuh tentang pertikaian mengenai sunnah Rasulullah s.a.w,kadang2 heran juga kenapa bila orang yang ada ciri2 pengikut sunnah nabi melakukan kesalahan,ape yang di kutuk,dihinaadalah sunnah yang di amalkn..Sebagai contohnya..Orang yang menyimpan janggut melakukan kesalahan,akan banyak kedengaran suara2 yang berkata..Harapkan janggut saja panjang,tapi buat kesalahan,..Harapakn serban yang besar atas kepala tapi wat kejahatan..Persoalannya,kenapa janggut dan serban yang dipersalahkan,dilibatkan,sedangkan ianya tak bersalah,yang bersalah adalah orang tu sendiri,bukan sunnah yang diamalkan,.beringat la bila berkata2..bahawa mereka yang menghina sunnah nabi adalah ibarat menghina agama..yang mana hukumnya KAFIRRR,…
Kesimpulannya,didalam kita beramal,biarlah hukum agama yang di dahulukan,bukan hukum adab menjadi keutamaan..Sebelum saya akhiri penulisan ringkas saya yang tak seberapa ni,terlebih dulunya dipanjatkan pengampunan kepada Allah S.W.T diatas keterlanjuran saya menjatuhkan hukum ini,sememangnya hanya Allah S.W.T sahaja yang berhak menghukum..Walaubagaimanapun hujah dan usul saya ini hanyalah sekadar nukilas dan peingatan bersama..Manakala kepada pembaca yang sudi membaca,maafkan kesilapan tutur bicara saya seandainya tersentuh di hati kalian..mana yang lebih datangnya dari Allah,mana yang kurang datangnya jua dari Allah,tapi di atas kekurangan dan kelemahan diri ini..wallahua’lam..ma’assalamah wailalliqa’..

